Aplikasi e-Insolvensi merupakan modul perkhidmatan yang terkandung di dalam Sistem Insolvensi Bersepadu (INSIST) yang merupakan sistem pentadbiran kes Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan bagi membuat carian Status Kebankrapan Individu, carian Status Penggulungan Syarikat, Bayaran Ansuran Bulanan Insolvensi dan Bayaran Deposit Pempetisyen.